Diploma Farmasi UniKL RCMP Part 2

ASSALAMUALAIKUM


6th April 2014 - Lately nie, agak ramai 'bakal junior' Diploma Farmasi UniKL RCMP yang contact saya, tanya about this course.. seriously, teringat kenangan lama time saya nak daftar masuk RCMP.. rinduu.. lagi lagi bila terkenangkan lagi beberapa bulan je nak jejak kaki ke campus.. then, babai Ipoh.. say hye to Hospital Penang.. :)

okay, memandangkan ramai yg bertanya.. then bila on blog, tengok pageview, search keyword.. kebanyakannya pasal Diploma Farmasi kat UniKL nie.. and now, saya terasa makin excited and lagi seronok nak mengalu-alukan kedatangan adik adik ke UniKL RCMP bulan Jun nanti.. ehem.. super senior laa katakan ^_^v  ...eh.. kami bukan pembuli taw! ;p

okay, saya taktau nak cerita pasal apa.. but i think.. saya just nak bagi guideline or preparation before masuk UniKL.. :)

*Saya buat dalam bentuk soalan yg selalu ditanya oleh bakal junior :)

1) Saya dah apply online.. macam mana saya nak tau whether application saya diterima or ditolak? UniKL hantar surat ke rumah ke?

Untuk application status, adik boleh check online jugak.. UniKL tak hantar surat ke rumah.. adik buka website admission http://www.unikl.edu.my/web/admission/  then click check application status.. kat situ dia ada sediakan schedule.. means.. dia depends on date kita apply.. dah check dah? berjaya? whoahh.. Tahniahh!!! :)

2) UniKL memang tak hantar surat or form ke rumah ke?

Tak.. sekarang nie zaman IT.. semua online.. so, bila application kita dah berjaya, kita kena print sendiri offer letter and borang borang yg berkenaan.. then, kita isi lengkap lengkap.. 

3) Berapa yuran pendaftaran untuk Diploma Farmasi UniKL RCMP?

okay, untuk yuran, saya tak boleh nak cakap "tu lah jumlah nya".. sebab kadang kadang yuran pun berubah jugak jumlah nya.. tapi kalau diikutkan batch saya (July 2012 - Jun 2015), yuran pendaftaran RM2250.. mahal? err.. yup.. yuran agak mahal.. lagipun kita kan course yg related dgn medic, that's why mahal...

UPDATE! Maaf, yuran pendaftaran RM2250 tu tak fixed.. Amount tu boleh berubah-ubah.. Mungkin sekarang nie, yuran pendaftaran tu dah naik..

4) Mahal nye kak.. family saya orang biasa je.. tak mampu nak bayar yuran sebanyak tu..

in this case, MARA akan faham .. tak semestinya student yg apply IPTS nie semua orang kaya.. saya pun orang biasa je.. so, MARA ada sediakan pinjaman pendahuluan MARA untuk student yg kurang berkemampuan untuk bayar yuran yg RM2000++.. untuk pinjaman pendahuluan, student akan dapat RM1500... :) macam mana nak apply? click sini
UPDATE!! 27 JUNE 2017 - No more pinjaman pendahuluan MARA
4) Bila kita nak bayar balik pinjaman pendahuluan MARA nie?

MARA akan tolak RM100 dari elaun kita setiap bulan.. means, elaun bulanan RM535.. then nanti akan jadi RM435.. MARA akan tolak until RM1500 tu selesai.. then, bulan bulan beikutnya, kita dapat elaun macam biasa.. yippiee!!

5) Kita dapat elaun bulanan? Serius?

Yup! Time minggu orientasi nanti, ada staff bahagian loan yg akan bagi briefing pasal MARA.. tapi maaf.. MARA just untuk peribumi sahaja.. tapi PTPTN pun disediakan untuk bukan peribumi.. don't worry.. :) okay, taklimat MARA nie, kena focus betul betul.. ikut cakap staff tu.. isi borang betul betul.. sediakan dokumen yg diminta.. if tak faham, boleh terus tanya puan/encik tu.. staff bahagian loan akan bantu sehinggalah kita dapat loan :)
UPDATE!! 27 JUNE 2017 - Elaun bulanan depends on syarat kelayakan. but syarat kelayakan pun dah berubah so I tak sure siapa yang akan dapat and tak akan dapat elaun bulanan. sorry
6) Masuk masuk je terus dapat elaun?

Tak.. kita akan dapat elaun pada hujung sem 1 or awal sem 2.. MARA sgt sgt strict.. salah sikit, kena reject.. then kena buat balik.. kalau macam tu memang ambil masa yang agak lama.. if kita ikut arahan MARA, document semua complete, insya Allah cepatlah dapat.. nanti kita akan dapat cheque.. cheque tu elaun kita untuk satu sem.. plus elaun perkakas dan elaun buku untuk setahun.. maksudnya kat sini, time sem 1, kita kena pandai pandai survive.. guna duit parents dulu.. but end of sem, MARA bayar balik .. insya Allah :)


wahh.. agak panjang entry nie.. alamak! dah Maghrib.. saya stop kat sini dulu.. insya Allah if ada masa dan kelapangan, insya Allah saya update untuk part 3 pulak ye :) kalau ada adik adik yg nak tanya apa apa, boleh je terus contact akak.. insya Allah akak akan cuba bantu sebaik mungkin :)

Assalamualaikum

UPDATE 18th February 2016

Sorry, saya tak active blog buat masa nie
Any question about Diploma in Pharmacy, boleh contact saya
Insya Allah saya akan jawab mana yang mampu
Sorry if lambat reply *class, lab, assignment, test, study or tidur* and
layanan yang kurang mesra *badmood maybe*..

But please please please
baca both and whole entry kat blog ni about diploma in pharmacy (ada dua part)
Please don't whatsapp me and ask the question that i've already mentioned in both post

Oh one more thing!
I boleh jawab soalan yg berkaitan Diploma Farmasi UniKL SAHAJA!!
itu pun based on my experience (July 2012 until June 2015).
Ada yang whatsapp tanya about diploma nursing lah fisio lah  radio lah
UniKL MIMET, MICET, MSI, BMI semua lah.
Ada jugak yang tanya farmasi UiTM
Allahuuu serba salah akak nak jawab dikk..
Akak ambik farmasi UniKL je.
Tolong la fahamm -,-

Whatsapp : 017-2767060
*No call pleasee*

Thanks!