ASSALAMUALAIKUM
okay, ni update yang tertunggang.. about DIPLOMA FARMASI UNIKL RCMP.. yelah, tiap tiap hari tengok kat traffic sources, mesti ade from google yang search about RCMP.. okay, saya faham, before saya register kat RCMP pon saya akan search internet, nak taw suasana kat tempat baru, kan? okay, let's start now.. *ekceli, saya tak taw camane nak mule kan -,-*
Apa nak taw pasal RCMP eh?
emm, intro dulu okay? UniKL RCMP is Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak.. UniKL tak semestinya kat KL je, dia ade kat satu Malaysia, ade 11 cawangan; kat Melaka, Johor, Selangor and lain lain.. semua 11 UniKL nie ade course yang berbeza.. means satu cawangan dah ade pengkhususan course.. da terang lagi bersuluh kan? nama pon Medicine, so, memang course perubatan jeee laa kat sini
RCMP ade 4 course for diploma:
3 course untuk degree:
- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS)
- Bachelor of Pharmacy
- Bachelor of Science Nursing
UniKL ni swasta?
yup.. UniKL memang swasta.. eh, jangan takot.. untuk pengetahuan semua, UniKL nie under MARA.. seriously memang special punya.. toksah pikir swasta ni mahal or whatever, okay? masuk jee sem satu nanti, kita kene apply loan MARA.. loan okay? PINJAMAN! loan untuk enam semester pengajian kita (i mean diploma).. yang syok, kita dapat elaun sara diri tiap tiap bulan.. dalam RM535 sebulan.. cukup laa nak sara diri kat Ipoh tuu :)
then, yang lagi syok, MARA akan tolong kita reduce kan jumlah pinjaman kita.. kita just kene perform betol betol mase final exam.. kalau kita maintain pointer, insya Allah kita bayar balik tak banyak..
UPDATE!! 27 MARCH 2015 - Loan MARA convert to scholarship if pointer 4.0 SAHAJA.. If pointer 3.5 to 3.99, dapat discount 15%
UPDATE!! 27 JULY 2017 - Syarat untuk apply loan MARA dah berubah and tak semua student dapat elaun sara diri. Harap maklum
Suasana kat RCMP?
okay, campus RCMP tak laa besar sangat... setakat ni dapat menampung student MBBS, Farmasi and Radio.. student Fisio and Nursing pulak akan ditempatkan kat bangunan Maybank Trust.. okay, memang jauh dari campus.. tapi, ni pon sementara jee.. sementara nak tunggu bangunan RCMP yang baru tuu siap..
untuk pengetahuan semua, kat campus takde swimming pool, takde gym, takde court badminton, takde padang bola, okay?? tapi ade makmal (memang berlambak makmal), muzium anatomi, bilik mayat and yang berkaitan dengan medik medik nie laa.. tuu memang perfct! mayat import dari india youuuuu..
UPDATE!!! Faculty Pharmacy and Health Science sudah berpindah ke campus baru, iaitu Tasek Campus.. Main Campus hanya digunakan oleh student Medic.. walaubagaimapun, proses pendaftaran untuk semua program masih dijalankan di Main Campus..
Tasek Campus terletak agak jauh daripada Main Campus.. Tasek Campus terletak di kawasan perindustrian dan jauh ke dalam. So, kalau daripada jalan utama, susah nak jumpa campus ni.. Tasek Campus berdekatan dengan stesen keretapi Tasek..
Hostel?
emm, okay, hostel RCMP setakat nie memang bukan kat campus.. insya Allah, dalam pembinaan, doa doa kan laa cepat siap.. hostel ade dua.. (UPDATE : tiga)
- Kolej Kediaman Sri Murni (student perempuan)
- Kolej Kediaman Kledang Emas (student perempuan)
- Kolej Kediaman Tambun (student lelaki + student Bachelor of Pharmacy)
Hostel memang jauh
giler babeng dari campus.. about 20 minit kalau naek bas or kereta.. untuk
student sem 1 memang DIWAJIBKAN duduk hostel, okay? tapi don't worry sayang, pagi pagi disedikan bas untuk pergi ke campus.. petang nak balik pon macam tuu jugak.. ade bas. ;)
UPDATE - Saya dapat info, student perlu duduk hostel selama setahun
okay, Hostel Sri Murni ni untuk student perempuan je.. hostel ni best! memang macam hostel ala ala sekolah dulu dulu.. ade bilik bilik, satu bilik 2 or 4 orang.. then, ade cafe..ade guard jugak..dijamin selamat duduk sini :)
Hostel Kledang pulak untuk student lelaki.. tapi time intake saya ( Julai 2012), student perempuan terlampau ramai sampai hostel Sri Murni tak muat, so, terpaksa lah duduk hostel lelaki..
Hostel Kledang nie memang terbaekk.. tak macam hostel pon.. hostel ni kat kawasan perumahan elit.. rumah tiga tingkat.. satu rumah ade enam bilik.. then, satu bilik ade 2 or 4 orang.. tapi...
kat sini susah nak carik tempat makanan.. jauh daripada pekan.. susah sikit nak carik kemudahan.. kat belakang tuu ade laa 2 kedai runcit, kedai jahit, bengkel motor, kedai alat tulis and yang penting, kedai topup ;)
UPDATED!
Now, hostel Sri Murni and Kledang fully untuk student perempuan.. student lelaki stay di hostel Tambun
UPDATE! 27 JUNE 2017 - Hostel di main campus dah siap and semua student stay di hostel selama setahun. For second year, student boleh apply hostel based on result exam ( If result okay, so boleh stay hostel). For certain student, class still in Tasek Campus tapi transportation disediakan dari hostel ke campus.
Location RCMP?
okay, kalau sesat, nak tanya orang kat Ipoh tu, jangan laa sebut UniKL.. memang tak ramai yang taw.. sebut jee Kolej Perubatan Diraja Perak.. confirm sume taw.. kat signboard pon takde tulis UniKL.. sebab before nie, memang name dia Kolej Perubatan..okay, location RCMP..
- belakang Hospital Besar Ipoh ; Raja Permaisuri Bainun
- berhadapan dengan bangunan KWSP
- melintas je jalan, ade Greentown Mall (Supermarket UO, bowling and macam macam laa) UPDATED!! no more Greentown Mall, but ANGSANA MALL
- bersebelahan wisma bangunan Perak Darul Ridzuan
Farmasi best tak?
seriously memang best giler.. tapi agak tough sikit..sem satu ade 7 subjek (intake July 2012)
- Introduction to Pharmaceutics
- Basic Formulation (belajar buat ubat kat lab.. syok!)
okay, attention please.. bila habis jee Diploma in Pharmacy, awak awak and awak bukan terus jadi pharmacist, okay? kita akan jadi Pharmacy Assistant dulu... if da graduate Bachelor in Pharmacy, barulah kita boleh jadi Pharmacist.. okay?
tapi.. kalau kita nak sambung Bachelor in Pharmacy, kita kene maintain pointer diploma kite
at least 3.8 and above.. susah tak??? -,- kalau tak dapat 3.8, kita tak boleh sambung Bachelor in Pharmacy, but kita boleh sambung untuk course yang relate dengan farmasi.
UPDATED!!untuk sambung Bachelor of Pharmacy, CGPA untuk diploma in Pharmacy 3.5 and above, not 3.8..
ni syarat-syarat lain untuk student lepasan diploma farmasi yang berminat nak sambung ijazah farmasi :) (klik sini untuk sumber)
i) Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara
ii) Wajib lulus minimum band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) sebelum pelajar bergraduat
iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 5 B dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik DAN Matematik (ATAU Matematik Tambahan) DAN satu subjek lain di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara
Lecturer?
lecturer memang best giler.. kalau tak faham, diorang akan explain sampai satu kelas faham.. diorang semua memang friendly.. kalau segan nak tanya dalam kelas, pegi jee laa jumpe diorang privately, diorang akan terangkan kat korang..
yang syok, for sem one la, tak sure pulak next next sem, lecturer sume baik hati, notes dah dibagi!!! yuhuuu!! tak payah juling juling mate salin notes sambil pasang telinga dengar lecturer cakap kt depan..
okay, untuk duit photostate jangan risau, kita guna duit kita dulu, tapi nanti MARA ade bagi elaun kelengkapan setiap tahun.. boleh lah cover duit photostate and alat alat tulis or uku buku tuu
lagi??? fuhhh... rase da panjang kot saya tulis.. *ade ke yang nak bace?* nak cerita ape lagi nie?
Uniform
oh lupe, for diploma, kita semua ade uniform masing masing...farmasi, kita diwajibkan beli ..
UPDATE!! 27 JUNE 2017 - Uniform Farmasi dah tukar colour.. ala ala Maroon gituuu.. no more si kuning kuning >_< Price not sure. sorryyyy
- dua helai baju uniform - sehalai RM45 untuk perempuan and RM40 untuk lelaki
- sehelai lab coat (pakai kat dalam lab untuk buat buat ubat) - RM55
ehem..saje promote gambar.. kalau jumpe kat campus tegur tegur laa ye wahai junior.. i'm you senior now!! huwahuwahuwa *gelak jahat* :p
emm,emm, da kot.. kalau nak tanye pape, boleh laa PM saya kat inbox okay? oh ye, ni ade link blog kakak kakak senior yang pernah update about Diploma in Pharmacy UniKL RCMP..
okay, babai.. sorry entry panjang giler.. just wanna to share ;) assalamualaikum..