aku ceraikan kau, 2012..

ASSALAMUALAIKUM

okay, semalam Farah ade buat short segment : pencarian bloglist Farah.. alhamdulillah, tak sampai 30 minit Farah dah dapat target yang Farah nak..

actually Farah cume carik 7 link blog jee tapi yang comment bagi link blog ade 8 orang... so, Farah terima je laa.. agak terharu jugak ade yang sudi join short segment.. thanks pada yang sudi join..

so, jom laa ramai ramai kita skodeng blog yang ade dalam blog list Farah kat sidebar ni ye ;)

okay, tutup cite pasal tuu..

hari ni 31 disember 2012.. lagi beberape minit nanti da masuk tahun 2013.. wuhuuu.. saya dah 19 tahun.. tidakkkk!!!



kenangan 2012.. banyak!! banyak sangat sangat.. kalau nak list semua memang tak dapat laa den.. ponatt... :D

tahun 2012 membuatkan family kami famous di kampung nie.. fuhh fuhh.. bangge kejap bile  jalan jee pusing kampung, semua orang tegur.. huwahuwahuwa... bangge yang tidak terkata..

tapi. mengapakah perubahan drastik itu berlaku? adakah kerana saya anak raja?? ohh tidak.. tidak.. biarlah hanya kami sekeluarga dan orang terdekat jee yang tahu..

saya cuma nak share pengajaran daripada apa yang berlaku.. 
bila kita ditimpa musibah atau sesuatu yang tidak diingini, time ni laa kita baru kenal mana satu kawan dan mana satu musuh..
tak dapat saya bayangkan macam mana kami sekeluarga menangis berjemaah mengenang apa yang terjadi dalam keluarga kami.. kami saling memberi semangat sesama sendiri..



masa tu, orang kampung datang rumah memberi semangat.. memberi galakan.. memberi sokongan.. mereka sama sama ikut serta menegakkan kebenaran..



ya Allah.. terima kasih yang tidak terhingga kepada semua..

okay, dah takde idea nak tulis.. nak duduk kat luar rumah, then tunggu bunga api tumm tumm tamm tumm yang berkaler kaler.. peace ^_^v

semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan..
maafkan diri ini andai kata terdapat salah silap sepanjang tahun 2012 ini.. semoga kehidupan kita pada tahun 2013 lebih baik daripada tahun ini.. insya Allah..
saya sayang family saya.. 

assalamualaikum.. selamat malam :)

Short Segment : Pencarian Bloglist Farah

**TAMAT**


ASSALAMUALAIKUM

okay, malam malam tak taw nak buat ape, tibe tibe terase nak buat satu segmen.. segmen?? oh.. Farah tak pernah buat segmen.. *teruja tak

actually, ni cume simple mimple segmen jee.. tengah godek godek blog tadi, termuncul satu idea nak buat satu bloglist baru.. tapi nak masukkan blog sape ye??

emm, pikir punye pikir, ahha!!
sesiapa yang nak saya masukkan link blog awak dalam bloglist Farah, comment kat entry nie and sertakan link blog awak..
tu jee.. senang kan? tapi.... emm, tersedar jugak, ade ke yang nak join? blog ni tak famous pon.. tak pe la, sesiapa pon boleh, cume comment je okay? Farah carik lebih kurang 7 blog..

so, tujuh pengomen yang pertama akan masuk dalam bloglist Farah.. from Januari 2013 until March 2013.. segmen taman if dah cukup 7 orang peserta, okay?

that's all.. stop here.. Assalamualaikum.. Selamat Malam semua :)




**TAMAT**
**TAMAT**
**TAMAT**

Diploma Farmasi UniKL RCMP

ASSALAMUALAIKUM

UPDATE 18th February 2016
Sorry, saya tak active blog buat masa nie
Any question about Diploma in Pharmacy, boleh contact saya
Whatsapp : 017-2767060
*No call pleasee*
Insya Allah saya akan jawab mana yang mampu
Sorry if lambat reply *class, lab, assignment, test, study or tidur* and
layanan yang kurang mesra *badmood maybe*..
Thanks!
_________________________________________________________________________________

update!! 6th April 2014 - Diploma Farmasi UniKL RCMP Part 2

okay, ni update yang tertunggang.. about DIPLOMA FARMASI UNIKL RCMP.. yelah, tiap tiap hari tengok kat traffic sources, mesti ade from google yang search about RCMP.. okay, saya faham, before saya register kat RCMP pon saya akan search internet, nak taw suasana kat tempat baru, kan? okay, let's start now.. *ekceli, saya tak taw camane nak mule kan -,-*

Apa nak taw pasal RCMP eh?
emm, intro dulu okay? UniKL RCMP is Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak.. UniKL tak semestinya kat KL je, dia ade kat satu Malaysia, ade 11 cawangan; kat Melaka, Johor, Selangor and lain lain.. semua 11 UniKL nie ade course yang berbeza.. means satu cawangan dah ade pengkhususan course.. da terang lagi bersuluh kan? nama pon Medicine, so, memang course perubatan jeee laa kat sini

RCMP ade 4 course for diploma:
  • diploma in pharmacy
  • diploma in fisioteraphy
  • diploma in nursing
  • diploma in radiography
3 course untuk degree:
  • Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS)
  • Bachelor of Pharmacy
  • Bachelor of Science Nursing

UniKL ni swasta?
yup.. UniKL memang swasta.. eh, jangan takot.. untuk pengetahuan semua, UniKL nie under MARA.. seriously memang special punya.. toksah pikir swasta ni mahal or whatever, okay? masuk jee sem satu nanti, kita kene apply loan MARA.. loan okay? PINJAMAN! loan untuk enam semester pengajian kita (i mean diploma).. yang syok, kita dapat elaun sara diri tiap tiap bulan.. dalam RM535 sebulan.. cukup laa nak sara diri kat Ipoh tuu :)

then, yang lagi syok, MARA akan tolong kita reduce kan jumlah pinjaman kita.. kita just kene perform betol betol mase final exam.. kalau kita maintain pointer, insya Allah kita bayar balik tak banyak..
UPDATE!! 27 MARCH 2015 - Loan MARA convert to scholarship if pointer 4.0 SAHAJA.. If pointer 3.5 to 3.99, dapat discount 15%

Suasana kat RCMP?
okay, campus RCMP tak laa besar sangat... setakat ni dapat menampung student MBBS, Farmasi and Radio.. student Fisio and Nursing pulak akan ditempatkan kat bangunan Maybank Trust.. okay, memang jauh dari campus.. tapi, ni pon sementara jee.. sementara nak tunggu bangunan RCMP yang baru tuu siap..

untuk pengetahuan semua, kat campus takde swimming pool, takde gym, takde court badminton, takde padang bola, okay?? tapi ade makmal (memang berlambak makmal), muzium anatomi, bilik mayat and yang berkaitan dengan medik medik nie laa.. tuu memang perfct! mayat import dari india youuuuu..


UPDATE!!! Faculty Pharmacy and Health Science sudah berpindah ke campus baru, iaitu Tasek Campus.. Main Campus hanya digunakan oleh student Medic.. walaubagaimapun, proses pendaftaran untuk semua program masih dijalankan di Main Campus..
Tasek Campus terletak agak jauh daripada Main Campus.. Tasek Campus terletak di kawasan perindustrian dan jauh ke dalam. So, kalau daripada jalan utama, susah nak jumpa campus ni.. Tasek Campus berdekatan dengan stesen keretapi Tasek..

Hostel?
emm, okay, hostel RCMP setakat nie memang bukan kat campus.. insya Allah, dalam pembinaan, doa doa kan laa cepat siap.. hostel ade dua.. (UPDATE : tiga)
  • Kolej Kediaman Sri Murni (student perempuan)
  • Kolej Kediaman Kledang Emas (student perempuan)
  • Kolej Kediaman Tambun (student lelaki + student Bachelor of Pharmacy)

Hostel memang jauh giler babeng dari campus.. about 20 minit kalau naek bas or kereta.. untuk student sem 1 memang DIWAJIBKAN duduk hostel, okay? tapi don't worry sayang, pagi pagi disedikan bas untuk pergi ke campus.. petang nak balik pon macam tuu jugak.. ade bas. ;)
UPDATE - Saya dapat info, student perlu duduk hostel selama setahun
okay, Hostel Sri Murni ni untuk student perempuan je.. hostel ni best! memang macam hostel ala ala sekolah dulu dulu.. ade bilik bilik, satu bilik 2 or 4 orang.. then, ade cafe..ade guard jugak..dijamin selamat duduk sini :)

Hostel Kledang pulak untuk student lelaki.. tapi time intake saya ( Julai 2012), student perempuan terlampau ramai sampai hostel Sri Murni tak muat, so, terpaksa lah duduk hostel lelaki..

Hostel Kledang nie memang terbaekk.. tak macam hostel pon.. hostel ni kat kawasan perumahan elit.. rumah tiga tingkat.. satu rumah ade enam bilik.. then, satu bilik ade 2 or 4 orang.. tapi...

kat sini susah nak carik tempat makanan.. jauh daripada pekan.. susah sikit nak carik kemudahan.. kat belakang tuu ade laa 2 kedai runcit, kedai jahit, bengkel motor, kedai alat tulis and yang penting, kedai topup ;)
UPDATED!
Now, hostel Sri Murni and Kledang fully untuk student perempuan.. student lelaki stay di hostel Tambun
Location RCMP?
okay, kalau sesat, nak tanya orang kat Ipoh tu, jangan laa sebut UniKL.. memang tak ramai yang taw.. sebut jee Kolej Perubatan Diraja Perak.. confirm sume taw.. kat signboard pon takde tulis UniKL.. sebab before nie, memang name dia Kolej Perubatan..okay, location RCMP..
  • belakang Hospital Besar Ipoh ; Raja Permaisuri Bainun
  • Jalan Greentown
  • berhadapan dengan bangunan KWSP
  • melintas je jalan, ade Greentown Mall (Supermarket UO, bowling and macam macam laa) UPDATED!! no more Greentown Mall, but ANGSANA MALL
  • bersebelahan wisma bangunan Perak Darul Ridzuan

Farmasi best tak?
seriously memang best giler.. tapi agak tough sikit..sem satu ade 7 subjek
  • Introduction to Pharmaceutics
  • Basic Formulation (belajar buat ubat kat lab.. syok!)
  • Biochemistry
  • Basic Physical Chemistry
  • Basic Physiology
  • Foundation English
  • IT
okay, attention please.. bila habis jee Diploma in Pharmacy, awak awak and awak bukan terus jadi pharmacist, okay? kita akan jadi Pharmacy Assistant dulu... if da graduate Bachelor in Pharmacy, barulah kita boleh jadi Pharmacist.. okay?

tapi.. kalau kita nak sambung Bachelor in Pharmacy, kita kene maintain pointer diploma kite at least 3.8 and above.. susah tak??? -,- kalau tak dapat 3.8, kita tak boleh sambung Bachelor in Pharmacy, but kita boleh sambung untuk course yang relate dengan farmasi.

UPDATED!!untuk sambung Bachelor of Pharmacy, CGPA untuk diploma in Pharmacy 3.5 and above, not 3.8..

ni syarat-syarat lain untuk student lepasan diploma farmasi yang berminat nak sambung ijazah farmasi :) (klik sini untuk sumber)

i)   Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara

ii)  Wajib lulus minimum band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) sebelum pelajar bergraduat

iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 5 B dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik DAN Matematik (ATAU Matematik Tambahan) DAN satu subjek lain di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara 

Lecturer?
lecturer memang best giler.. kalau tak faham, diorang akan explain sampai satu kelas faham.. diorang semua memang friendly.. kalau segan nak tanya dalam kelas, pegi jee laa jumpe diorang privately, diorang akan terangkan kat korang.. 

yang syok, for sem one la, tak sure pulak next next sem, lecturer sume baik hati, notes dah dibagi!!! yuhuuu!!  tak payah juling juling mate salin notes sambil pasang telinga dengar lecturer cakap kt depan.. 

okay, untuk duit photostate jangan risau, kita guna duit kita dulu, tapi nanti MARA ade bagi elaun kelengkapan setiap tahun.. boleh lah cover duit photostate and alat alat tulis or uku buku tuu

lagi??? fuhhh... rase da panjang kot saya tulis.. *ade ke yang nak bace?* nak cerita ape lagi nie?

Uniform
oh lupe, for diploma, kita semua ade uniform masing masing...farmasi, kita diwajibkan beli ..

  • dua helai baju uniform - sehalai RM45 untuk perempuan and RM40 untuk lelaki

  •  sehelai lab coat (pakai kat dalam lab untuk buat buat ubat) - RM55

ehem..saje promote gambar.. kalau jumpe kat campus tegur tegur laa ye wahai junior.. i'm you senior now!! huwahuwahuwa *gelak jahat* :p

emm,emm, da kot.. kalau nak tanye pape, boleh laa PM saya kat inbox okay? oh ye, ni ade link blog kakak kakak senior yang pernah update about Diploma in Pharmacy UniKL RCMP..

Malaysia vs Thailand

ASSALAMUALAIKUM

ahaa!! semua tengah update pasal bola? okey, Malaysia kalah... tapi Malaysia kalah bermaruah, kan? :')

okey, overall perlawanan malam nie, for sure, memang tak puas hati kan?

bukak je tv1, umm... terok giler padang nyeee... sepak jee bola, hambek kau! tercabut rumput.. nampak tanah tanah -,-

okey, perlawanan mule mule macam biase, then agak tegang bile pakwe saya fadli shas kene kad merah.. seriously saya nangis bile tengok mamat tuu nangis.. wuhuuu.. but, tertanye gak.. patut ke fadli shas dapat kad merah??

saya memang emo time tuu, yela, pakwe kene kad merah, kan? sape tak sedih :p


then, terserlahlah satu persatu ketidakadilan pengadil yang berat sebelah and umpama disogok or rasuah or whateverlaa.. errr... -..-


but personally, Malaysia da perform yang terbaik.. actually saya kesian tengok team Harimau Malaya.. 
  • latihan kat 'bendang',
  • Safee Sali and Wan Zack Haikal injured, 
  • Mat Yo striker solo, 
  • Fadli Shas kene kad merah,
  • Pengadil berat sebelah..

huishh.. banyak giler dugaan.. macam ni eh layanan yang orang kite dapat??

semangat terus habis bila Thailand dapat dua gol..tapi....


saya rasa, Farizal did his job very well.. tapi, nasib tak menyebelahi team Harimau Malaya.. takde rezeki kita nak masuk final, kan?

apa apa pon......





HARIMAU MALAYA TETAP THE BEST!!!

Nak blogwalking, tapi....

ASSALAMUALAIKUM

Hari nie saya nak buat luahan perasaan.. huh?? takot?? takk.. tak payah takot, kite baek baek jee ..hee~~ :D

Semenjak cuti sem nie, memang blog ni sentiase dibelai setiap hari dari lepas zohor hinggalah pukul 12 malam.. *teruja tak?*

sebab.. rase nyee cuti sem nie je laa ade peluang nak blogwalking bagai.. start next sem? memang aku tak pandang daa blog nie daa.. lagi lagi lepas sem 2, ade short sem , then terus sambung sem 3.. memang takk laa dapat peluang nak cuti sem selama 2 bulan *sobsob*

okey,okey, tatkala aktiviti blogwalking yang giat dijalankan, saya mengalami satu masalah, eh? dua sebenarnye..

1st problem is ...nak follow, tapi follower widget takde!

ni follower widget.. cube check kat blog korang, ade tak bende nie? ade tak?

ape? awak dah ade button follow ala ala tumblr tuu?? oh, okey :)

awak awak awak, awak nak taw tak, kalau guna button follow ala ala tumblr tu, ade limit.. kite cume boleh follow 300 blog sahaje!!! then, after tu, kite da tak boleh follow lagi daa.. sadis, kan?

ni button follow ala ala tumblr.. tak salah letak button nie, tapi make sure ade follower widget jugak, okay?

so, adik adik kakak kakak yang comel comel, letak laa follower widget eh? kate nak follower ramai, kan? so, letak laa eh? senang blogger lain nak blogwalking and follow balik..okay comel? ;)

2nd problem is... tak boleh nak jejak blog

ni lagi satu hal.. awk da follow blog kite, tapi awak tak tinggalkan link.. acane kite nak terjah blog awak balek? haa!! kene make sure awak awak ade tinggalkan link, ye? kalau tak, penat penat jee awak blogwalking, kan?

ni contoh yang tak de link.. kan susah nak jejak, kan? kan? kan?

see? dia ade letak link.. so, kite just click and yea! kite da sampai blog dia... senang kan?

bole semua?*angguk angguk* okey, good girl.. so, kepada kakak kakak adik adik abang abang, tolong eh? saya tegur untuk kebaikan bersama.. nanti awak jugak yang untung sebab ramai follower, ramai reader and ramai kawan, kan? :)

babai~~