Cendol Jam Besar Melaka

ASSALAMUALAIKUM

Kali ni nak cerita pasal makannnn again.. Yeay! Rasa tak puas dua hari kat Melaka.. ye la, Melaka kan.. tempat yang menarik banyak.. tempat makan yang best banyak.. tempat makan yang menarik banyak.. tempat makan yang sedap banyak.. fuhh.. semua banyak la

Sebelum gerak pergi Melaka, dah google tempat makan yang special kat Melaka.. Farah dan makan berpisah tiada hihi.. and banyak poast about Cendol Jam Besar! Woww!! Menarikkk!!

Cendol Jam Besar kat mana? haa!! Tau tak Clock Tower? Yang kat The Stadthuys tu, haa!! gerai cendol tu kat seberang jalan tu laa.

haa!! ni la clock tower / jam besar tu.. 


Saya pergi ke Melaka hari Rabu lepas (2 March 2016), excited nak cari cendol.. Bila dah sampai kat area clock tower, omgee!!! TUTUP!!! why tutup?? :( Rupanya sebab ada Le Tour de Langkawi.. Pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dah keluarkan surat. So, depends kat peniaga nak berniaga or tak.. And peniaga Cendol Jam Besar ni pulak decide nak tutup.. 

Actually, kami tunggu pelumba Le Tour de Langkawi kat gerai ni la.. Kebetulan dengar pulak owner cendol tu borak kenapa dia tutup gerai.. sebab tu la saya tau ehee.. 

And hari Khamis, pagi pagi lagi dah terus pergi situ.. Alhamdulillah, nasib baik buka.. kami sampai around 10:30 pagi.
Waktu operasi : Setiap Hari 10:00pagi hingga 6:00petang
Kebetulan time saya sampai, tak ramai lagi, yela, baru buka kan. Pagi lagi. Diorang tengah set up payung lagi.. tapi saya dah duduk hihi

Ni menu..

Omgee.. banyak gila menu.. cendol ada.. cendol pulut, cendol durian, cendol mix, cendol ice cream, cendol jagung, cendol kacang.. bukan cendol je, ABC! ABC special, ABC ice kacang, ABC durian.. wow!! banyak nyeeeee... memang rambang mata and rasa nak order je semua.. tapi tak mampu nak habiskan pulak nanti hihi..

Disebabkan da lama sangat tak makan durian kan, so saya order la cendol durian and kawan saya order cendol pulut dan durian..

Cendol Durian, RM4.00

Cendol Durian dan Pulut, RM4.50

Ya Allah!! sedap gilaaaa!! Lagilah time tu memang cuaca panas.. rasa heaven gilaa!! Cendol ni tak manis sangat.. memang elok la manis nya.. tambah lagi dengan durian.. wow!! rasa sayang nak habis kan hihi.. Awal awal memang rasa macam sikit je, tapi bila dah makan, memang rasa kenyangg.. terbaikkkk ...

Fresh watermelon juice.. RM10

Ni menu baru rasanya.. tembikai ni dia lubangkan, then dia guna hand mixer.. tadaa!! jadi juice.. memang superb la kalau makan time panas kan.. Saya nak beli, tapi disebabkan kekenyangan makan cendol and takut tak larat nak jalan pusing Melaka, so snap gambar sample je la :)

Ni la gerainya.. Saya snap ni masa nak melintas jalan. So, gambar agak senget :D

Okay, tu je nak cerita about cendol jam besar nie.  Kalau jalan Melaka, wajib singgah sini tau! Tempat makan yang wajib pergi di Melaka! Tersangatttt lah recommended! Time on the way balik ke Selangor pun still teringat cendol nie.. kelazatan dan keenakannya.. ewahh.. ok ok, nanti terliur pulak teringat cendol jam besar nie..

Thanks semua! Assalamualaikum :)

Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka Part 2

ASSALAMUALAIKUM

Hai! Jumpa lagi.. taknak cerita panjang dah.. part kali ni nak cerita about Diorama Pedagang..

DELEGASI ARAB


Para pedagang Arab yang datang berdagang ke Melaka pada abad ke-15, begitu ramai bilangannya semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456M).  Ini kerana pemerintahan baginda mengambil berat berhubung kebajikan mereka yang datang berniaga khususnya pedagang Islam dari Arab.  Menurut Tom Pires, pedagang Arab, Parsi, Turki dan Absinia telah membentuk sebuah syarikat untuk berdagang ke Melaka.  Adalah dianggarkan sebanyak empat hingga lima buah kapal dari Tanah Arab berdagang ke Melaka pada setiap hujung Tahun.

Tumpuan pedagang Arab juga disebabkan oleh peranan negeri ini yang menjadi pihak perantaraan bagi memasarkan barangan ke timur, barat dan Nusantara.  Antara bahan yang diniagakan termasuklah barangan kaca, minyak, tasbih, jagung, bunga cengkih, kain sutera, peralatan senjata, tembaga, bijih, kapur barus dan sebagainya.

Terdapat juga di kalangan mereka yang mengambil keputusaan menetap di Melaka untuk menyebarkan agam Islam di Melaka untuk menyebarkan ajaran Islam di Nusantara.  Fenomena ini bersesuaian sekali dengan peranan Melaka sebagai pusat perkembangan agama Islam di rantau ini pada ketika itu.
(Sumber: Perbadanan Muzium Melaka)

DELEGASI CHINA

Hubungan Melaka-China telang berlangsung selama lebih 1500 tahun.  Hubungan diplomatik bermula pada tahun 1403, apabila Kaisar Ming Cheng Zhu menghantar Menteri Dalam Negeri China, Yin Ching sebagai utusannya dengan membawa bingkisan berupa sutera dewangga, kunci emas dan lain-lain barangan bertujuan untuk menjemput Raja Melaka ke negeri China.

Hubungan rasmi ini merupakan permulaan kepada lembaran sejarah baru di antara kerajaan China dengan Melaka yang berlangsung kira-kira seabad lebih bermula dari tahun 1403.

Selain hubungan diplomatik yang terjalin rapat, terdapat juga pedagang China yang datang berniaga dengan membawa barangan seperti sutera, tembikar, teh, mutiara, peluru dan besi.  Seterusnya, pedagang China ini akan membawa pulang barangan dari Asia Selatan dan Asia Barat yang diniagakan di pelabuhan Melaka.  Antaranya ialah barangan kaca, minyak, kain, kapas dan pelbagai buah-buahan.
(Sumber : Perbadanan Muzium Melaka)

DELEGASI JAWA

Pedagang dari Tanah Jawa yang terkenal datang berdagang ke Melaka ialah Patih Adam, Patih Kadir, Patih Yusoff dan Patih Yunus.   Hubungan perdagangan di antara Jawa dan Melaka bertambah erat apabila wajudnya pelabuhan-pelabuhan di utara Pulau Jawa seperti Demak, Japara, Ceriboon dan Gerisik.  Saudagar dari Melaka ada menghantar dua hingga tiga buah jong setiap tahun ke pelabuhan ini bagi mendapatkan bahan makanan seperti beras, gula, berbagai jenis rempah ratus dan kayu-kayan.

Pelabuhan di utara Pulau Jawa menjadi perantaraan perdagangan antara Melaka dengan kepualauan yang lain seperti Kepulauan Maluku, Bima, Banda dan pelabuhan Gerisik.  Melalui pelabuhan-pelabuhan ini jugalah saudagar dari Jawa yang datang berdagang ke Melaka biasanya membawa barang-barang dagangan seperti beras, gulam daging, madu lebah, halia, kayu gaharu, cengkih, buah pala, hasil kayu-kayan, senjata dan belerang.  Pedagang dari Jawa biasanya membeli pelbagai barangan jenis kain dari pedagang India, Benggala, Koromandel dan Gujerat.
(Sumber : Perbadanan Muzium Melaka)

DELEGASI GUJERAT

Pada setiap tahun, sepanjang bulan Mac, terdapat empat buah kapal dagang dari Gujerat yang datang berdagang di Melaka.  Pedagang dari Gujerat ini membawa barangan yang dianggarkan bernilai 15,000 hingga 30,000 cruzdos bagi setiap sebuah kapal.  Antara barang dagangan dari Gujerat termasuklah kain, kapas, candu dan kapur barus.  Mereka juga membawa masuk barangan seperti logam,  cermin, senjata, manik, paku dan kain yang kesemuanya diperolehi di Eropah.

Tom Pires dalam tulisannya menerangkan, pedagang dari Gujerat yang datang ke Melaka bertujuan mendapatkan keperluan dari pelabuhan Cambay, dan akan memasarkannya sehingga ke Eropah.  Dalam konteks ini 'nadi' perdagangan Eropah yang bermula dari pelabuhan Venice amat bergantung pada kepentingan Melaka, seperti yang didakwa oleh Tom Pires:

"Whoever is lord of Malacca  has hand on Venice's throat."
(Sumber: Perbadanan Muzium Melaka)

DELEGASI SIAM

Walaupun catatan sejarah ada menyatakan tentang kerenggangan hubungan antara Melaka dengan Siam, tetapi disebabkan oleh faktor ekonomi, kedua negeri ini meneruskan perhubungannya.  Menurut Tom Pires dan Ray de Brito, hubungan dua hala ini dilihat dari segi kepentingan dan keperluan bahan-bahan makanan yang diperlukan oleh Melaka dari Siam.  Fakta ini menjelaskan bahawa hubungan ekonomi di antara dua kerajaan ini adalah baik.

Dianggarkan kira-kira 30 buah jong besar dari Siam datang ke Pelabuhan Melaka pada setiap tahun membawa dagangan seperti kayu jati, tembaga, emas, perak, gading gajah dan pelbagai bahan mentah dari Kepulauan Jawa seperti gaharu, cengkih dan buah pala.  Selain itu pula, saudagar Siam juga membeli hamba abdi di pelabuhan Melaka.
(Sumber : Perbadanan Muzium Melaka)

Sambung di Part 3!! :)

Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka Part 1

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah, dah timbul mood nak update blog. Semalam baru je balik daripada Melaka, hari ni dah excited nak update. yeay!

Since Melaka banyak tempat menarik untuk dilawati, so saya memang tak sempat la nak pergi semua.. lagi lagi muzium yang tersangat la banyak, belum tempat makan, pantai dan lain lain.. Jangan cakap kat Melaka takde tempat yang best.. 

Okay, hari ni nak cerita about Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka.. why so excited? Farah kalau bab bab sejarah nie laa paling tak suka but kali ni excited pulak.. Sebab.. saya baru tau kewujudan muzium nie!!! Oh no!! Teruknya kau Farah!! :(

Bila baru terperasan adanya muzium ni *padahal sebelah A Famosa je pun*, and tengok senibina istana tuu.. wow!! cantik gilaaaaa


Some introduction here.. 

Bangunan muzium ini merupakan replika istana semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah (1456-1477).  Ia dibina berpandukan catatan yang terdapat di dalam naskhah Sejarah Melayu serta mendapat pandangan daripada Persatuan Sejarah Melaysia (cawangan Melaka) dan Persatuan Pelukis Melaka.

Istana ini mempunyai bumbung bertingkat dengan bumbung pertamanya adalah yang terpanjang iaitu berukuran 246 kaki panjang dan 41 kaki lebar.  Ia diperkuatkan dengan empat batang tiang seri di samping lain-lain sokongan.

Bahan pembinaannya terdiri daripada kayu kayan tempatan seperti Resak, Chengal dan Nyatoh, manakala atapnya pula diperbuat daripada kayu Belian yang dibawa dari Sarawak.  Dinding Istana ini dihiasi dengan ukiran-ukiran indah bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan, antaranya ialah ukiran Ketam Buri.

Antara pameran yang menarik di muzium ini ialah diorama Balairong Seri, Bilik Beradu, Pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat dan bahan-bahan pameran lain seperti senjata, pakaian tradisional, seramik dan alatan tembaga.

(Sumber: Perbadanan Muzium Melaka)



ni main entrance

Ni pulak list harga tiket:
Untuk pelawat tempatan : Dewasa RM3.00 dan Kanak-kanak (7-12 tahun) RM2.00
Pelawat asing : Dewasa : RM5.00 dan kanak-kanak RM2.00
Waktu lawatan pula:
Dibuka setiap hari dari 9:00am - 5:30pm
Hari Jumaat sahaja : tutup sementara 12:15pm-2:45pm
Jom masuk!!!


ada hulubalang hihi

Kat bawah ni pelan muzium.. besar tau! ada tiga tingkat.. memang best! Tak rugi bayar RM3..


kalau nak cerita whole muzium tu, panjang berjela la entry ni ehee.. so, saya decide nak devide into parts.. macam buku sejarah hihi.. act saya just copy from info yang diberi kat muzium istana tu.. hope boleh tolong anyone yang memerlukan esp student :) ok laa! tunggu next part!!! :)




Roti Canai Transfer Road

ASSALAMUALAIKUM

Jalan jalan Penang tapi taktau nak makan kat mana? Nak cari tempat makan best kat Penang? Tempat makan yang sedap? Saya nak cerita tentang tempat makan yang recommended kat Penang.. jemput baca >,<

Orite, kali ni nak cerita pasal Roti Canai Transfer Road pulak.. Transfer Road kat mana?

Ni alamatnya : 114, 110, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town


Actually warung ni tepi jalan je.. serious tepi jalan!

Ni saya snap gambar dari dalam kereta.. haa! yang ada meja meja tu la warungnya..

Duduk then kat sebelah ada kereta, motor and bas lalu.. Allahh.. nak gugur jantung pun ada.. hehe

Tapi jangan risau, warung ni dah lama tau kat sini, so tak payah takut.. insya Allah selamat.. okay, so, mamak ambik order.. nanti dia tanya, nak kuah ayam ke daging.. haa! ikut sendiri la nak ayam or daging.. 

roti canai kuah daging

 roti canai kuah ayam

Actually saya tak tau ni kuah apa *sorry*.. tapi serious memang sedap gila! Antara daging and ayam, saya prefer daging! Dagingnya lembut and banyak pulak tu.  Ayam pun sedap.. memang besar gila ayamnya.. Puas hati sangat!

Actually, sederet dengan warung ni, ada warung ROTI BAKAR TELUR GOYANG.. tersangattttttt la famousss... 

Sebenarnya, boleh je kita duduk kat area warung roti canai then order roti bakar telur goyang ni haa.. nanti ada pakcik ni datang, ambik order.. 


haa!! ni la roti bakar telur goyang.. abang sepupu and pakcik saya cakap sedapppp!!! Memang tak rugi order tau! Harga pun berpatutan..

Okay, saya yang terliur sambil update post ni haha.. rasa nak fly pergi Penang sekarang jugak! opss lupa.. actually warung ni buka dari pagi tau! pukul 6 pagi dah buka sampailah 12 tengahari.. 

Okay,nak cari idea untuk next post! Terima kasih sudi baca.. Assalamualaikum :)

Pasembur Gurney Drive, Penang

ASSALAMUALAIKUM

Setelah hampir setahun lebih tidak bersiaran, alhamdulillah Farah masih hidup.. hihihihi.. kalau nak diikutkan, banyak sangat nak diceritakan.. tapi kali ni kita focus kat makanan ok.. ohh rindunya Penang, syurga makanan

Jalan jalan Penang tapi taktau nak makan kat mana? Nak cari tempat makan best kat Penang? Tempat makan yang sedap? Saya nak cerita tentang tempat makan yang recommended kat Penang.. jemput baca >,<

Okay, hari ni cerita about pasembur.. Pasembur yang sedap di Penang and for sure the best pasembur is Pasembur Gurney Drive!!! Terletak di Gurney Drive Hawker Centre.. Alaaa.. dekat dekat dengan Gurney Plaza.. Gruney Drive ni ala ala foodcourt, ada dua bahagian tau! Mula mula makanan chinese and then jalan depan sikit ada lagi satu foodcourt.. Haa! tu macam macam ada!


Bila dah sampai sini, cari stall nombor 9!


Oh! Actually pasembur tersangat laa famous dan dikenali sebagai Pasembur Menari.. why Menari?? Haa!! Sebab, pekerja kat sini akan potong pasembur sambil menari ikut melodi lagu "Rojak".. Menarik sangat..



Okay, ni laa stall nyaa.. ya Allahh.. banyak gila pilihan.. jadi rambang mata you allss.. rasa nak ambik semua tau!


 




Tengok udang dengan ketam diaa.. ya Allahh.. tergugat iman 

Mula-mula, kita pilih je apa nak pilih, then bagi kat pekerja tu untuk potong.  Lepas tu, dia akan letak timun and sengkuang.. Memang awal awal rasa macam tak cukup, tapi bila dah potong then tambah pulak timun dengan sengkuang.. Haa! baru kenal erti penyesalan.. Lastly, tengok dia letak kuah kat pinggan tu.. ya Allah. .terliur tau!


Tadaa!! inilah pasembur yang saya and family order.. actually ni pinggan yang besar tu tau tapi maaflah, time tu dah excited sangat nak makan, so main snap je picture.. nasib baik sempat snap hihi.. Total nya RM38 and kami makan berenam.. memang banyak sangat! semua tak mampu nak habiskan.. So, berbaloilah dengan apa yang kami bayar tu..


Sedap gilaa tau tak! Memang rugi kalau dah sampai Penang tapi tak try Pasembur Gurney Drive nie.  Oh kuahnya memang merah kan? Tapi jangan risau, tak pedas pun.. ada rasa manis manis gituu.. 

Okaylah! tu je nak cerita pasal pasembur.. ada yang terliur tak? hihi.. Thanks pada yang baca! Assalamualaikum :)