Cendol Jam Besar Melaka

ASSALAMUALAIKUM

Kali ni nak cerita pasal makannnn again.. Yeay! Rasa tak puas dua hari kat Melaka.. ye la, Melaka kan.. tempat yang menarik banyak.. tempat makan yang best banyak.. tempat makan yang menarik banyak.. tempat makan yang sedap banyak.. fuhh.. semua banyak la

Sebelum gerak pergi Melaka, dah google tempat makan yang special kat Melaka.. Farah dan makan berpisah tiada hihi.. and banyak poast about Cendol Jam Besar! Woww!! Menarikkk!!

Cendol Jam Besar kat mana? haa!! Tau tak Clock Tower? Yang kat The Stadthuys tu, haa!! gerai cendol tu kat seberang jalan tu laa.

haa!! ni la clock tower / jam besar tu.. 


Saya pergi ke Melaka hari Rabu lepas (2 March 2016), excited nak cari cendol.. Bila dah sampai kat area clock tower, omgee!!! TUTUP!!! why tutup?? :( Rupanya sebab ada Le Tour de Langkawi.. Pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dah keluarkan surat. So, depends kat peniaga nak berniaga or tak.. And peniaga Cendol Jam Besar ni pulak decide nak tutup.. 

Actually, kami tunggu pelumba Le Tour de Langkawi kat gerai ni la.. Kebetulan dengar pulak owner cendol tu borak kenapa dia tutup gerai.. sebab tu la saya tau ehee.. 

And hari Khamis, pagi pagi lagi dah terus pergi situ.. Alhamdulillah, nasib baik buka.. kami sampai around 10:30 pagi.
Waktu operasi : Setiap Hari 10:00pagi hingga 6:00petang
Kebetulan time saya sampai, tak ramai lagi, yela, baru buka kan. Pagi lagi. Diorang tengah set up payung lagi.. tapi saya dah duduk hihi

Ni menu..

Omgee.. banyak gila menu.. cendol ada.. cendol pulut, cendol durian, cendol mix, cendol ice cream, cendol jagung, cendol kacang.. bukan cendol je, ABC! ABC special, ABC ice kacang, ABC durian.. wow!! banyak nyeeeee... memang rambang mata and rasa nak order je semua.. tapi tak mampu nak habiskan pulak nanti hihi..

Disebabkan da lama sangat tak makan durian kan, so saya order la cendol durian and kawan saya order cendol pulut dan durian..

Cendol Durian, RM4.00

Cendol Durian dan Pulut, RM4.50

Ya Allah!! sedap gilaaaa!! Lagilah time tu memang cuaca panas.. rasa heaven gilaa!! Cendol ni tak manis sangat.. memang elok la manis nya.. tambah lagi dengan durian.. wow!! rasa sayang nak habis kan hihi.. Awal awal memang rasa macam sikit je, tapi bila dah makan, memang rasa kenyangg.. terbaikkkk ...

Fresh watermelon juice.. RM10

Ni menu baru rasanya.. tembikai ni dia lubangkan, then dia guna hand mixer.. tadaa!! jadi juice.. memang superb la kalau makan time panas kan.. Saya nak beli, tapi disebabkan kekenyangan makan cendol and takut tak larat nak jalan pusing Melaka, so snap gambar sample je la :)

Ni la gerainya.. Saya snap ni masa nak melintas jalan. So, gambar agak senget :D

Okay, tu je nak cerita about cendol jam besar nie.  Kalau jalan Melaka, wajib singgah sini tau! Tempat makan yang wajib pergi di Melaka! Tersangatttt lah recommended! Time on the way balik ke Selangor pun still teringat cendol nie.. kelazatan dan keenakannya.. ewahh.. ok ok, nanti terliur pulak teringat cendol jam besar nie..

Thanks semua! Assalamualaikum :)

Post a Comment