ASSALAMUALAIKUM
Hai! Jumpa lagi.. taknak cerita panjang dah.. part kali ni nak cerita about Diorama Pedagang..
DELEGASI ARAB
Para pedagang Arab yang datang berdagang ke Melaka pada abad ke-15, begitu ramai bilangannya semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456M). Ini kerana pemerintahan baginda mengambil berat berhubung kebajikan mereka yang datang berniaga khususnya pedagang Islam dari Arab. Menurut Tom Pires, pedagang Arab, Parsi, Turki dan Absinia telah membentuk sebuah syarikat untuk berdagang ke Melaka. Adalah dianggarkan sebanyak empat hingga lima buah kapal dari Tanah Arab berdagang ke Melaka pada setiap hujung Tahun.
Tumpuan pedagang Arab juga disebabkan oleh peranan negeri ini yang menjadi pihak perantaraan bagi memasarkan barangan ke timur, barat dan Nusantara. Antara bahan yang diniagakan termasuklah barangan kaca, minyak, tasbih, jagung, bunga cengkih, kain sutera, peralatan senjata, tembaga, bijih, kapur barus dan sebagainya.
Terdapat juga di kalangan mereka yang mengambil keputusaan menetap di Melaka untuk menyebarkan agam Islam di Melaka untuk menyebarkan ajaran Islam di Nusantara. Fenomena ini bersesuaian sekali dengan peranan Melaka sebagai pusat perkembangan agama Islam di rantau ini pada ketika itu.
(Sumber: Perbadanan Muzium Melaka)
Hubungan Melaka-China telang berlangsung selama lebih 1500 tahun. Hubungan diplomatik bermula pada tahun 1403, apabila Kaisar Ming Cheng Zhu menghantar Menteri Dalam Negeri China, Yin Ching sebagai utusannya dengan membawa bingkisan berupa sutera dewangga, kunci emas dan lain-lain barangan bertujuan untuk menjemput Raja Melaka ke negeri China.
Hubungan rasmi ini merupakan permulaan kepada lembaran sejarah baru di antara kerajaan China dengan Melaka yang berlangsung kira-kira seabad lebih bermula dari tahun 1403.
Selain hubungan diplomatik yang terjalin rapat, terdapat juga pedagang China yang datang berniaga dengan membawa barangan seperti sutera, tembikar, teh, mutiara, peluru dan besi. Seterusnya, pedagang China ini akan membawa pulang barangan dari Asia Selatan dan Asia Barat yang diniagakan di pelabuhan Melaka. Antaranya ialah barangan kaca, minyak, kain, kapas dan pelbagai buah-buahan.
(Sumber : Perbadanan Muzium Melaka)
Pedagang dari Tanah Jawa yang terkenal datang berdagang ke Melaka ialah Patih Adam, Patih Kadir, Patih Yusoff dan Patih Yunus. Hubungan perdagangan di antara Jawa dan Melaka bertambah erat apabila wajudnya pelabuhan-pelabuhan di utara Pulau Jawa seperti Demak, Japara, Ceriboon dan Gerisik. Saudagar dari Melaka ada menghantar dua hingga tiga buah jong setiap tahun ke pelabuhan ini bagi mendapatkan bahan makanan seperti beras, gula, berbagai jenis rempah ratus dan kayu-kayan.
Pelabuhan di utara Pulau Jawa menjadi perantaraan perdagangan antara Melaka dengan kepualauan yang lain seperti Kepulauan Maluku, Bima, Banda dan pelabuhan Gerisik. Melalui pelabuhan-pelabuhan ini jugalah saudagar dari Jawa yang datang berdagang ke Melaka biasanya membawa barang-barang dagangan seperti beras, gulam daging, madu lebah, halia, kayu gaharu, cengkih, buah pala, hasil kayu-kayan, senjata dan belerang. Pedagang dari Jawa biasanya membeli pelbagai barangan jenis kain dari pedagang India, Benggala, Koromandel dan Gujerat.
(Sumber : Perbadanan Muzium Melaka)
DELEGASI GUJERAT
Pada setiap tahun, sepanjang bulan Mac, terdapat empat buah kapal dagang dari Gujerat yang datang berdagang di Melaka. Pedagang dari Gujerat ini membawa barangan yang dianggarkan bernilai 15,000 hingga 30,000 cruzdos bagi setiap sebuah kapal. Antara barang dagangan dari Gujerat termasuklah kain, kapas, candu dan kapur barus. Mereka juga membawa masuk barangan seperti logam, cermin, senjata, manik, paku dan kain yang kesemuanya diperolehi di Eropah.
Tom Pires dalam tulisannya menerangkan, pedagang dari Gujerat yang datang ke Melaka bertujuan mendapatkan keperluan dari pelabuhan Cambay, dan akan memasarkannya sehingga ke Eropah. Dalam konteks ini 'nadi' perdagangan Eropah yang bermula dari pelabuhan Venice amat bergantung pada kepentingan Melaka, seperti yang didakwa oleh Tom Pires:
"Whoever is lord of Malacca has hand on Venice's throat."
(Sumber: Perbadanan Muzium Melaka)
DELEGASI SIAM
Walaupun catatan sejarah ada menyatakan tentang kerenggangan hubungan antara Melaka dengan Siam, tetapi disebabkan oleh faktor ekonomi, kedua negeri ini meneruskan perhubungannya. Menurut Tom Pires dan Ray de Brito, hubungan dua hala ini dilihat dari segi kepentingan dan keperluan bahan-bahan makanan yang diperlukan oleh Melaka dari Siam. Fakta ini menjelaskan bahawa hubungan ekonomi di antara dua kerajaan ini adalah baik.
Dianggarkan kira-kira 30 buah jong besar dari Siam datang ke Pelabuhan Melaka pada setiap tahun membawa dagangan seperti kayu jati, tembaga, emas, perak, gading gajah dan pelbagai bahan mentah dari Kepulauan Jawa seperti gaharu, cengkih dan buah pala. Selain itu pula, saudagar Siam juga membeli hamba abdi di pelabuhan Melaka.
(Sumber : Perbadanan Muzium Melaka)
Sambung di Part 3!! :)
Post a Comment