Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka Part 1

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah, dah timbul mood nak update blog. Semalam baru je balik daripada Melaka, hari ni dah excited nak update. yeay!

Since Melaka banyak tempat menarik untuk dilawati, so saya memang tak sempat la nak pergi semua.. lagi lagi muzium yang tersangat la banyak, belum tempat makan, pantai dan lain lain.. Jangan cakap kat Melaka takde tempat yang best.. 

Okay, hari ni nak cerita about Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka.. why so excited? Farah kalau bab bab sejarah nie laa paling tak suka but kali ni excited pulak.. Sebab.. saya baru tau kewujudan muzium nie!!! Oh no!! Teruknya kau Farah!! :(

Bila baru terperasan adanya muzium ni *padahal sebelah A Famosa je pun*, and tengok senibina istana tuu.. wow!! cantik gilaaaaa


Some introduction here.. 

Bangunan muzium ini merupakan replika istana semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah (1456-1477).  Ia dibina berpandukan catatan yang terdapat di dalam naskhah Sejarah Melayu serta mendapat pandangan daripada Persatuan Sejarah Melaysia (cawangan Melaka) dan Persatuan Pelukis Melaka.

Istana ini mempunyai bumbung bertingkat dengan bumbung pertamanya adalah yang terpanjang iaitu berukuran 246 kaki panjang dan 41 kaki lebar.  Ia diperkuatkan dengan empat batang tiang seri di samping lain-lain sokongan.

Bahan pembinaannya terdiri daripada kayu kayan tempatan seperti Resak, Chengal dan Nyatoh, manakala atapnya pula diperbuat daripada kayu Belian yang dibawa dari Sarawak.  Dinding Istana ini dihiasi dengan ukiran-ukiran indah bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan, antaranya ialah ukiran Ketam Buri.

Antara pameran yang menarik di muzium ini ialah diorama Balairong Seri, Bilik Beradu, Pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat dan bahan-bahan pameran lain seperti senjata, pakaian tradisional, seramik dan alatan tembaga.

(Sumber: Perbadanan Muzium Melaka)



ni main entrance

Ni pulak list harga tiket:
Untuk pelawat tempatan : Dewasa RM3.00 dan Kanak-kanak (7-12 tahun) RM2.00
Pelawat asing : Dewasa : RM5.00 dan kanak-kanak RM2.00
Waktu lawatan pula:
Dibuka setiap hari dari 9:00am - 5:30pm
Hari Jumaat sahaja : tutup sementara 12:15pm-2:45pm
Jom masuk!!!


ada hulubalang hihi

Kat bawah ni pelan muzium.. besar tau! ada tiga tingkat.. memang best! Tak rugi bayar RM3..


kalau nak cerita whole muzium tu, panjang berjela la entry ni ehee.. so, saya decide nak devide into parts.. macam buku sejarah hihi.. act saya just copy from info yang diberi kat muzium istana tu.. hope boleh tolong anyone yang memerlukan esp student :) ok laa! tunggu next part!!! :)




Post a Comment